Hikayat Faridah Hanom 15

Ada pun Faridah Hanom yang berlepas daripada lskandariah dengan keretapi yang berangkat ke Mesir sebelah pagi itu, maka sampailah ianya ke rumah ayahandanya tengah hari. Dan apabila ia masuk ke dalam rumahnya, didapatinya ayahandanya bondanya dan saudaranya Muhammad tengah duduk di dalam bilik makan baharu lepas makan. Maka maha besarlah terkejut sekaliannya bila melihat Faridah Hanom sampai seorang dirinya dengan tiada suatu apa-apa perkhabaran terlebih dahulu. Istimewa pula diketahui oleh sekalian akan suaminya Badaruddin Afandi pada masa itu ada di Mesir telah beberapa hari. Maka Faridah Hanom masuk itu apabila terpandang ia kepada ayahandanya tiadalah sempat ia memberi salam dan mencium tangan lalulah ia berlari-lari bertelutkan lututnya dan menyembamkan mukanya dengan tangisnya yang amat sangat di atas ribaan ayahandanya. Maka beberapa ditanya dan hendak diangkat oleh ayahandanya akan kepalanya tiadalah hendak ia mengangkat akan dia hingga leka dengan menangis teresak­esak. Apabila dilihat…

Fasal yang kelimabelas
ANAK YANG TAAT MENDAPAT BERKAT

oleh bondanya dan saudaranya Muhammad Afandi akan hal anaknya dan saudaranya itu tahulah keduanya akan tangis dan dukacita Faridah Hanom itu. Maka keduanya pun menangis dengan tangis yang amat sangat.[1] Maka Kasim Bey pun tiadalah tertahan hatinya lagi oleh sangat kasihan belas melihat puterinya sangat kurus dan pucat kuning warna mukanya. Maka menangislah ia sambil menyapu kepala anaknya dan dipujuknya dengan beberapa perkataan yang kasih sayang, dan disapunya air mata anaknya serta dipeluk diciumnya, lalu ditariknya suatu kerusi ke hampirnya disuruhnya duduk. Maka Faridah Hanom pun bangun berdiri sambil mencium akan tangan ayahandanya, kemudian berjalan mencium tangan bondanya dan saudaranya. Maka bondanya pun segeralah memeluk mencium akan anaknya. Kemudian Faridah Hanom pun berhadaplah kepada ayahandanya sambil berkata: "Anakanda datang ini hendak menyerahkan nyawa anakanda kepada ayahanda. Redalah anakanda mati dengan tangan ayahanda daripada anakanda mati dengan kehidupan azab sengsara di tangan orang yang[2] lain." Faridah Hanom berkata-kata[3] itu sambil mengeluarkan pistolnya diserahkannya kepada ayahandanya. Maka Kasim Bey pun terkejut mendengar dan melihat hal anakanda itu, seraya berkata: "Apa, apa ehwal tuan berkhabarlah terus-terang kepada ayahanda ini?'" Jawab Faridah Hanom, "Adalah anakanda ini sentiasalah berdoa ke hadhrat Tuhan memohon daripadaNya menjauhkan anakanda daripada bahaya durhaka atau membantah kehendak ayahanda-bonda yang menghidupi dan memelihara anakanda daripada kecil. Dengan sebab inilah[4] anakanda tahan azab sengsara. Hampir tiga tahun anakanda sakit kerana bercinta ayahanda hendak nikahkan anakanda dengan Badaruddin Afandi. Maka kerana sangat-sangat berkehendak[5] anakanda akan keredaan ayahanda, iaitulah keredaan yang anakanda percaya dan beritikad bersertanya[6] keredaan Tuhan Azzawajalla menjadilah anakanda isteri kepada Badaruddin Afandi…


di hadapan mata orang ramai dengan peraturan yang membersihkan muka ayahanda, dan menghilangkan perkataan sia-sia yang ayahanda penat lelah[7] membela seorang anak perempuan dengan memberi pelajaran yang sempurna. "Maka oleh kerana anakanda percaya, bahawa kehendak dan cita-cita ayahanda itu semata-mata berkehendakkan kebajikan dan kesenangan bagi kehidupan anakanda, iaitulah seorang anak perempuan ayahanda yang tunggal di dalam dunia ini, jadi terasalah di hati anakanda bahawa anakanda menanggung kesalahan yang maha besar jika anakanda sembunyikan daripada ayahanda apa-apa hal yang anakanda tanggung, yang menyaIahi daripada kehendak ayahanda yang sangat kebajikan bagi kehidupan anakanda laki-isteri itu. Adalah Badaruddin itu tidak kupu sekali-kali dengan anakanda, dan tidak sekali-kali mengetahui ia apa yang wajib di atasnya kepada isterinya. Maka daripada hari anakanda bersama dengan dia tiadalah anakanda merasa kesenangan sekali-kali. Bermula, yang terlebih besar balanya di atas anakanda pada setiap-tiap malam ia pulang hingga pukul dua dan tiga. Maka tiadalah ia balik ke rumah melainkan kemudian daripada telah penuh kepalanya dengan arak. Maka bolehlah ayahanda percaya akan sumpah anakanda dengan nama Allahu l-Azim yang anakanda hingga masa ini anak dara lagi. Maka sekarang redalah anakanda ayahanda tembakkan pistol itu ke dada anakanda, daripada ayahanda dengarkan anakanda suara ayahanda yang menyuruh anakanda balik kepada Badaruddin itu."

Maka Kasim Bey pun sangatlah terkejut mendengar perkataan anakanda itu serta percayalah ia segala perkataan anakanda itu[8] kemudian daripada mendengarkan sumpahnya mengatakan dirinya anak dara lagi itu. Maka datanglah dukacita hatinya, serta takutnya akan anakanda mendapat kebinasaan jika dipaksa akan dia lagi balik kepada Badaruddin.


Maka keloh-kisahlah ia tiada tahu apa yang hendak diperbuatnya Iain daripada melanatkan hari yang ia menerima Badaruddin jadi suami anakanda itu. Apabila dilihat oleh isterinya akan hal Kasim Bey itu mendapatlah ia peluang hendak menempelak akan dia. Maka berkatalah ia, "Inilah akhirnya pendapatan orang yang menjalankan fikirannya sendiri di dalam sesuatu perkara yang patut bermesyuarat. Tuanlah orang yang melontarkan anaknya ke lubang kebinasaan, dan menyerahkan permata yang berharga yang di dalam pemeliharaan sendiri kepada orang gila tahi arak macam anak saudara tuan itu. Pada hal tuan ketahui sebenar-benar pengetahuan yang anak tuan ini tidak suka akan dia sehingga ditanggungnya beberapa penyakit yang hampir mati. Maka sabarlah juga ia serta taat ia akan perintah tuan, kerana ia anak yang berakal dan berpelajaran daripada benih orang baik-baik. Wallah, wa billah, wa tallah, jikalau adalah Faridah ini setengah daripada anak perempuan yang tiada mengetahui apa dia kehormatan dan kemuliaan, maka tuan paksa akan dia berkahwin dengan laki-laki[9] yang tiada disukainya itu, nescaya telah bertapuklah di atas kepala tuan beberapa kecemaran dan terlumurlah sudah kehidupan tuan dengan keaiban yang tiada boleh hilang jika berapa[10] lama masa kehidupan tuan sekali pun. Sekarang pun ingatlah tuan, jika berlaku di atas anak tuan ini sesuatu kecederaan seumpama itu bermula dosanya itu[11] tertanggunglah di atas kepala tuan seorang sahaja."

Ada pun Kasim Bey mendengar isterinya menempelak dan memarahkan ia itu, ditundukkannyalah akan kepalanya tiada mengangkat[12] sehingga habis perkataan isterinya baharulah ia mengangkat kepalanya memandang kepada puteranya Muhammad Afandi sambil bertanya, "Apalah pula pendapatan tuan di dalam hal ini." Jawab Muhammad Afandi, "Ada pun anakanda cukup…


percayalah[13] segala perkataan Faridah itu sebenar-benarnya[14] tiada bohong sedikit pun. Sebab anakanda mengetahui betul tabiat perangai Badaruddin itu daripada dahulunya, tetapi oleh sebab masa ayahanda hendak menerima akan Badaruddin itu jadi suami Faridah, ayahanda tiada hendak bermesyuarat atau pun bertanya kepada anakanda, jadi tiadalah berani anakanda menggalang atau pun menzahirkan tidak suka akan kesukaan ayahanda itu. Janganlah ayahanda tidak tahu, ada pun sebab Faridah jatuh sakit yang kuat sekali pada mula pertama dahulu ialah sebab Badaruddin juga mengadang dan mengepung akan dia di dalam perjalanan hendak masuk ke dalam rumah dari dalam taman, serta Badaruddin berkata di hadapan anakanda dan Faridah, -- sedikit hari lagi Faridah akan jadi isterinya. Pada masa itu bolehlah Faridah merasa bagaimana ianya menghukum akan Faridah. Maka dengan sebab ini tiadalah heran jika Badaruddin menyempurnakan bagaimana janjinya itu kepada Faridah kemudian daripada Faridah telah menjadi isterinya."

Apabila didengar oleh Kasim Bey perkataan anakandanya itu berpalinglah ia kepada isterinya sambil berkata: "Benarlah segala perkataan tuan itu. Maka daripada hari ini wajiblah di atas beta bekerja dan berusaha menceraikan Faridah dengan Badaruddin, kerana memeliharakan kehidupannya jika apa kejadiannya sekali pun."

Ada pun sekalian dayang-dayang Faridah Hanom bila mendengar tuannya sampai balik itu masing-masing pun berkelarianlah[15] hendak mendapatkan[16] tuannya. Maka Khatun yang terlebih dahulu sekali daripada sekaliannya berlari hendak mendapatkan tuannya. Pada ketika[17] Faridah Hanom mendapatkan ayahandanya itu, Khatun adalah berdiri di tepi pintu mendengar dan melihat segala hal[18]


yang berlaku dengan sangat belas kasihan rasa hatinya memandang tuannya pucat kurus itu. Maka menangislah ia bila melihat tuannya menyembamkan mukanya dipangku[19] ayahandanya dengan tangisnya itu. Tetapi pada akhirnya sangatlah suka hatinya bila mendengarkan ayahandanya menerima percakapan Muhammad Afandi itu serta menyuruh Faridah Hanom naik bersalin pakaian[20] dan bersenang diri daripada kepenatan pelayaran daripada lskandariah itu. Apabila keluar sahaja Faridah Hanom daripada biliknya itu, segeralah sekalian dayang-dayangnya datang mendapatkan dia terutama sekali Khatun mencium tangan[21] tuannya dengan tangisnya. Maka Faridah Hanom pun sangatlah kasihan melihat sekalian dayangnya mengerumunkan dia dengan tangis masing-masing itu, lalu diserahkannya peti barang-barang kemas yang dibawanya itu kepada Khatun serta berkata: "Carikanlah beta sedikit makanan barang-barang[2] sahaja, kerana beta tiada merasa makanan daripada kemarin[22] pagi." Maka Khatun pun segeralah naik menyimpan barang-barang itu serta menyuruh dayang-dayang menyediakan persantapan tuannya dengan segera. Dan Faridah Hanom pun naik masuk ke bilik mandi bersiram, kemudian bersalin pakaian keluar[23] ke anjung[24] santap nasi dengan sangat suka rasa hatinya oleh sampai hajat bagaimana yang dicita-citanya dengan mendapat keredaan kedua[20] ayahanda bondanya. Maka di dalam tiga tahun masanya lebih kurang pada hari itulah baharu dirasanya lazat nikmat makanan dan di dalam ia makan itu bertanyalah ia kepada Khatun, "Adakah pernah mendengar-dengar khabar Saad, di manakah adanya, dan apakah halnya selama ini. Kerana sangatlah kasihan rasa hati beta dayang yang memeliharakan beta daripada mula keluar daripada perut ibu beta mendapat kesusahan kerana beta, dengan tidak ada[20] kesalahan daripadanya sendiri sekali-kali." Jawab Khatun, "Khabarnya selama ianya keluar daripada sini ia tinggal di rumah saudaranya. Tetapi kemudian daripada balik Shafik Afandi daripada Sudan…


ini, khabarnya diambil oleh Shafik Afandi tinggal bersama-sama dayangnya Aliah, serta diberinya belanja dengan secukupnya dan dibayarnya hutangnya selama ini." Maka Faridah Hanom pun sukalah hatinya mendengarkan dayangnya diambil oleh kekasihnya ada tinggal dengan dia dengan selamatnya itu, lalu berkata: "Hari esok beta hendak pohonkan daripada ayahanda supaya dipanggil balik ianya kemari[20] bekerja bagaimana sedia-kala."

Maka pada malam itu beradulah Faridah Hanom di rumahnya ditunggu oleh sekalian dayang-dayangnya dengan kesukaannya dan lapang hatinya oleh percaya ia akan datang ini kehidupannya di dalam kesempurnaan mendapat bagaimana cita-citanya dengan keredaan kedua[20] ayahanda bondanya serta percayalah ia bahawa hari yang berjalan ini telah memberi ia tahu bahawa perjumpaannya dengan kekasihnya itu telah hampir masanya. Maka pada pagi-pagi hari bangunlah Faridah Hanom mencuci muka dan bersalin pakaian makan futur pagi seorang dirinya dengan hati yang sangat suka dan lapang oleh percayalah ia bahawa ia tidak akan kembali lagi kepada Badaruddin Afandi. Dan pada pukul sepuluh pagi turunlah ia mendapatkan ayahanda bondanya dan mencium akan tangan keduanya maka diterima oleh ayahandanya akan dia dengan kesukaan serta bertanya akan halnya dan rasa badannya. Maka dijawablah pertanyaan ayahandanya itu dengan perkataan yang menyukakan hati ayahanda bondanya. Di dalam di antara Faridah Hanom tengah berkata-kata dengan ayahandanya itu, tiba-tiba masuklah Badaruddin ke bilik Kasim Bey itu. Maka besarlah terkejut rasa hatinya bila terpandang isterinya Faridah Hanom ada duduk bersama-sama ayahandanya. Maka segeralah ia bertanya Faridah Hanom dengan marahnya dan kerasnya, "Siapakah yang membawa engkau ke mari, dan siapakah memberi hukum engkau datang ke mari."


Maka segeralah dijawab oleh Kasim Bey akan perkataan Badarudin itu dengan katanya, "Apa kehendak tuan, dan apa makna pertanyaan tuan kepada Faridah ini. Cubalah hadapkan pertanyaan tuan itu kepada ayahanda ini, kerana ia di dalam rumah dan di hadapan ayahanda."

Jawab Badaruddin Afandi, "Sebenarnyalah kebinasaan anak-anak perempuan itu daripada kedua ibu-bapanya selama ayahnya berkata-kata dan melawan di sebelah anaknya, dan di hadapan anaknya, maka bagaimanakah boleh anaknya menjadi betul, dan bagaimanakah anaknya boleh mengetahui kewajipannya kepada lakinya. Hendaklah[25] ayahanda ketahui bahawasanya Faridah ini milik anakanda, bukannya ia bagi ayahanda lagi, dan di atas anakandalah kewajipan mengajar akan dia atas apa-apa dosa yang diperbuatnya."

Maka marahlah rasa hati Kasim Bey mendengar kekerasan[26] percakapan Badaruddin di hadapannya itu, lalu ia berkata dengan marahnya, "Jikalau demikianlah perangai dan tutor bahasa engkau di hadapan aku, maka bagaimanakah perangai dan peraturan engkau kepadanya di belakang aku, dan di antara engkau berdua. Demi Tuhan, sebenarnyalah anakku Faridah Hanom ini di dalam bahaya selama ia hersama dengan engkau lagi. Maka daripada hari ini habislah masanya yang engkau boleh melihat ia lagi. Dan daripada hari ini juga mustahillah boleh aku membenarkan ia di dalam perikatan dengan engkau lagi."

Maka bangunlah Badaruddin dengan marah yang amat sangat bila mendengar perkataan Kasim Bey itu sambil berkata dengan keras dan kasarnya, "Tidak, tidak, tidak. Janganlah terlintas sekali-kali di dalam sangka ayahanda yang anakanda boleh menggugurkan talak Faridah…


ini. Tidak sekali-kali. Anakanda akan mengambil akan dia dengan kuat dan paksa daripada ayahanda, dan anakanda[20] akan menerima Faridah ini daripada ayahanda dengan kekuatan yang lebih daripada kekuatan ayahanda yang terpaksa ayahanda taat akan dia."

Pada masa itu tiadalah tertahan lagi hati Kasim Bey daripada sangat marahnya, lalu ia mengeluarkan pistol[27] daripada laci mejanya serta berkata: "Keluarlah segera engkau daripada rumah aku ini. Jika tidak, nescaya aku habiskan peluru pistol ini di kepala engkau sekarang ini."

Pada ketika itu diketahuilah[28] Badaruddin akan pendapatan sombong dan kekasarannya di hadapan ayah saudara dan mertuanya itu, istimewa pula kemudian daripada dilihatnya mulut pistol itu terhadap ke mukanya, maka pengetahuannya akan tabiat perangai ayah saudaranya yang sangat berani itu apabila telah dikatanya tiadalah disalahinya, maka mengetahuilah ia akan dirinya di dalam bahaya jika tiada segera ia lari. Dengan sebab ini, segeralah ia meloncat lari keluar dengan pantasnya hingga sampai ia ke tengah jalan raya terus pulang ke tempatnya sekali.

Ada pun Kasim Bey kemudian daripada setengah jam lepas jadi perkara ini baharulah baik fikirannya semula bagaimana sediakala hilang marahnya. Lalu berkata ia kepada Faridah Hanom sambil tersenyum, "Benarlah perkataan tuan busuk sangat tabiat perangai Badaruddin ini. Dan sebenarnyalah anakku teraniaya[29] bersama-sama dengan dia itu. Tetapi sekaliannya dengan sebab ayahandalah tuan menanggung azab sengsara ini. Tidak apa, ayahanda akan betulkan kesalahan…


ayahanda ini[2] sehingga dapat talak tuan daripadanya dengan seberapa segera kemudian ayahanda nikahkan tuan dengan Shafik Talat Bey jika ia datang meminang lagi akan tuan daripada ayahanda."

Jawab Faridah Hanom dengan sangat suka hatinya dan bercahaya-cahaya naik cahaya mukanya, "Sekarang ayahanda telah mendengar dan melihat dengan mata ayahanda sendiri bagaimana tabiat perangai dan tutor bahasanya. Ada pun di dalam masa tujuh puluh hari yang anakanda bersama-sama dengan dia itu tiadalah satu hari pun yang[2] anakanda tidak merasa azab sengsara daripadanya. Bermula dalil atas kebenaran anakanda yang ia tidak mengindahkan anakanda, dan anakanda pun tidak cenderung hati kepadanya sekali-kali bahawa tinggal anakanda anak dara sehingga masa ini. Jikalau tidak bagaimana keadaan mudanya dan muda anakanda bolehlah di dalam tujuh puluh hari ia tidak pernah menjamah badan anakanda jika seberapa anakanda minta dan tidak hendak akan dia sekali pun." Maka Kasim Bey pun sangatlah suka hatinya mendengar anakanda berkata-kata itu seraya menjawab, "Inilah keuntungan nasib tuan yang baik tidak najis badan tuan oleh dijilat[30] anjing ini. Sekarang sentiasalah tuan didalam kebersihan." Kemudian Kasim Bey pun menyuruh memukul telegraph ke Iskandariah memanggil ayahanda Badaruddin datang ke Mesir seberapa segera. Dan Faridah Hanom pun meminta kebenaran daripada ayahandanya hendak memanggil Suad[31] balik sebab tiada apa kesalahannya dimurkakan[32] dia. Maka dibenarkan[33] oleh Kasim Bey dengan katanya, "Mana suka tuanlah tidak ayahanda melarang tuan, di mana ada ia sekarang." Jawab Faridah Hanom, "Anakanda tidak mendapat khabarnya yang terang, tetapi sudah ada kebenaran ayahanda ini bolehlah anakanda suruh cari akan dia." Kemudian Faridah Hanom…


pun berjalanlah naik memanggil Khatun disuruhnya Khatun memanggil saudaranya Ibrahim suruh Saad balik semula ke rumahnya. Setelah sampailah perkhabaran itu kepada Saad dikhabarkan oleh Ibrahim, maka sangatlah suka hatinya serta segeralah ia berkhabar kepada Aliah segala perkhabaran Ibrahim itu minta Aliah berkhabarkan kepada Shafik Afandi, ia bermohon pulang mendapatkan tuannya hari ini juga. Sebab sangatlah rindunya akan tuannya itu. Maka Aliah pun segeralah mengadap Shafik Afandi berkhabarkan segala perkataan Saad, yang dikhabarkan oleh Ibrahim itu. Maka Shafik Afandi pun sangatlah suka rasa hatinya, segarlah rasa seluruh anggotanya serta merta mendengar perkataan Aliah itu serta tunduk berfikir, syukurlah aku tiada mencampuri kerja ini, kerana hak ini semata-mata kewajipan baginya dan bagi ayahanda bondanya kerana memelihara kesenangan kehidupan puterinya oleh sebab Badaruddin ini mengekalkan minum arak setiap-tiap[34] malam. Kemudian berkatalah Shafik Afandi kepada Aliah, "Baiklah ibu, biarlah ia balik mendapatkan tuannya. Tetapi panggillah ia kemari berjumpa beta dahulu." Maka Aliah pun keluarlah memanggil Saad dibawanya mengadap Shafik Afandi. Apabila sampai keduanya ke dalam bilik, didapati oleh keduanya akan Shafik Afandi tengah berbaring-baring. Matanya bekas menangis, maka[2] segeralah keduanya masuk mendapatkan Shafik dan mencium tangannya. Maka Saad pun menangislah dengan tangis yang amat sangat oleh sangat[2] teringat ia akan tuannya serta sangat kasihan ia melihatkan Shafik Afandi sangat berubah rupanya daripada[35] sehari-hari oleh dibawa percintaannya itu. Maka Shafik pun bangun kerana tiadalah[36] tertahan hatinya melihat akan Saad itu sangat terkenang ia akan kekasihnya Faridah Hanom, sebab selama Saad datang berpindah ke rumahnya itu, tiadalah pernah ianya[37] berjumpa dengan dia oleh memeliharakan hatinya daripada menurutkan peringatan…


yang boleh ditarik oleh hawa nafsu yang bersangatan asyik itu tercampur di dalam pekerjaan yang sangat mencemarkan nama anak baik-baik dan berpelajaran itu. Tetapi oleh sebab pada hari ini pekerjaan Faridah Hanom itu telah ditanggung oleh kedua ayahanda-bondanya, maka hilanglah kebimbangan hatinya itu. Dengan sebab ini berkatalah ia kepada Saad, „Kembalilah ibuku, pergi mendapatkan tuan ibuku. Sampaikanlah kepadanya salam rindu dendam beta yang tiada terhingga. Bermula ada pun sangka-sangkanya yang beta ini telah menjadi laki orang, bagaimana ia telah menjadi bini orang itu, salah sekali. Kerana beta ini kekal di dalam sumpah setia beta kepadanya daripada hari beta berpegang tangan dengan dia[38] itu hingga masa ini. Insya Allah akan kekal sampai beta mati. Ada pun sebab beta mendiamkan diri begini[2] lama kerana beta yakin percaya dengan sebenar-benarnya, tentulah tuan ibu itu tidak suka jika beta dikata orang pengacau anak bini orang. Maka dengan sebab beta tiada hendak sangat menanggung nama yang sangat cemar bagi kehidupan manusia anak baik-baik dan anak yang berpelajaran ini, jadi dari dahulunya beta telah reda membuangkan nyawa beta di dalam medan peperangan. Ada pun iaitu adalah baginya hak memeliharakan muslihat kehidupannya yang mana difikirkannya baik tiadalah dapat siapa pun mengata akan dia, istimewa pula apakala dibenarkan dan bersetuju kedua[20] ayahanda-bondanya, kerana perkara kehidupan yang sentosa itu ialah sebesar-besar tuntutan yang wajib dituntut dan[2] dikejar oleh tiap-tiap manusia yang berakal dengan jalan yang bersih daripada kekotoran nama yang bangsawan ertinya dengan perjalanan kanon dan keadilan. Maka jika sungguh bagaimana perkataan Ibrahim yang dapat daripada Khatun itu, ayahandanya telah menyebut akan nama beta hendak dinikahkan[39] dengan dia, bolehlah ibu khabarkan kepada tuan ibu itu kehidupan beta ini di dalam tangannya. Jika…


ia berkehendak beta hidup, bolehlah hidup. Dan jika tidak, tentulah beta akan mati tidak berapa lama lagi. Sebab tidak tertanggung[40] lagi beta percintaan yang demikian ini. Dan jika ibu dapat tahu tidak betul perkhabaran Khatun itu, usahlah ibu berkhabar apa-apa kepadanya hal beta ini supaya jangan dikata orang beta menggarang-garang dan mengapi-api akan ia suruh bercerai dengan suaminya. Lalu dikeluarkan oleh Shafik Afandi sepuluh pound daripada mejanya diberikannya kepada Saad. Maka Saad pun bangun mencium tangan Shafik Afandi serta berjalan keluar bersama-sama Aliah menyuruh memanggil sebuah kereta menaikkan barang­barangnya. Kemudian berjabat tangan dengan sekalian yang hadir disitu, lalu naik kereta terus ke rumah Kasim Bey. Tatkala sampai sahaja ia ke sana diserahkannya barang­barangnya kepada seorang dayang, lalu terus ia berjalan mendapatkan tuannya, Faridah Hanom, ke dalam bilik. Maka didapati tuannya tengah duduk melihat Khatun berkemas dan mengaturkan barang-barangnya di dalam biliknya. Maka Saad pun segeralah datang mencium tangan tuannya dan lututnya, dengan tangisnya. Maka[2] Faridah Hanom pun sangatlah kasihan hatinya hal dayangnya itu seraya berkata: "Diamlah ibu, telah habislah segala kesusahan. Bolehlah ibu kembali bagaimana selama-lamanya menenguk segala hal-ehwal beta dan sekalian dayang-dayang ini." Maka Saad pun diam. Ada sejurus keluarlah ia melihat tempatnya dan membetulkan segala barang-barangnya.

Ada pun Faridah Hanom apabila telah selesailah ia berkemas itu, masuklah ia bersiram dan bersalin pakaiannya turun santap bersama-sama ayahandanya. Maka di dalam santap itu berkatalah ayahandanya, "Telah beberapa hari sudah telegraph ke lskandariah tiada juga datang ayahanda Badaruddin, serta tiada suatu pun jawab daripadanya." Maka di dalam tengah berkata-kata itu masuklah penjaga pintu memberitahu mata-mata saman ada di luar hendak minta hukum…


berjumpa Hanom. Maka Kasim Bey pun terkejut serta bangun berdiri bertanya, "Hanom yang mana dikehendakinya itu?" Lalu ia keluar sendiri berjumpa mata-mata saman itu menerima surat saman itu. Maka didapatinya saman daripada Badaruddin menuntut Faridah Hanom kembali taat akan dia. Jika tidak, akan dihukumkan akan dia dengan hukuman nusyuz (durhaka). Maka Kasim Bey pun menerima saman itu dengan sangat marahnya akan Badaruddin serta menyuruh Muhammad Afandi menyerahkan perkara itu dengan segala surat-surat yang berkenaan dengan dia kepada seorang loyar yang besar dengan tidak benarkannya sekali-kali Faridah Hanom sendiri mengadap perkara itu. Apabila dilihat oleh Faridah Hanom hal ayahandanya itu, sangatlah belas kasihan rasa hatinya. Maka berkatalah ia, "Harap anakanda akan ampun ayahanda kiranya tiada menjadi kemurkaan, bolehlah anakanda berdatang sembah di dalam perkara ini. Kerana fikiran anakanda, perkara ini sangat kecil Iagi sangat senangnya jika tidak sebab anakanda takutkan ayahanda." Jawab Kasim Bey, "Apa dia, cubalah anakanda bercakap supaya ayahanda dengar. Usahlah anakanda bimbang takut ayahanda marah." Jawab Faridah Hanom, "Baiklah kita beri faham baik-baik dahulu kepada loyar kita itu, bahawa nikah anakanda dengan Badaruddin itu tiada sah." Maka Kasim Bey pun terkejut mendengar perkataan anaknya itu, sambil berkata: "Bagaimana sebab kata tuan tidak sah itu, pada hal ayahanda yang menikahkan tuan." Jawab Faridah Hanom, "Benarlah bagaimana perkataan ayahanda itu di dalam hukum kita Islam wali mujbir [Fn.] (bapa atau datuk) itu boleh menikahkan anak atau[2] cucunya dengan laki-laki[41] yang kupu dengan dia dengan mahar misal[42] dengan tiada payah mengambil izin daripada anak atau[2] cucunya itu. Tetapi selama bapa dan datuknya itu tidak mengetahui akan anak atau[2] cucunya itu tidak suka dan tidak reda[2] akan laki-laki[41] itu, maka apabila diketahui oleh bapa…


atau datuk itu akan ketiadaan reda anak atau cucunya dengan tanda-tanda yang telah disebutkan oleh ulama fekah di dalam segala kitabnya, hilanglah[43] kekuasaannya boleh menikahkan dengan tiada mengambil izin itu. Dan jika dinikahkannya juga, maka nikah itu tidak sah sekali-kali. Bermula, anakanda tidakkah ayahanda ketahui yang anakanda tidak sukakan Badaruddin itu sekali-kali. Bukankah anakanda jatuh sakit kerana tidak suka nikah dengan dia itu lebih kurang tiga tahun lamanya. Maka pada akhirnya anakanda turutkan kehendak ayahanda itu pada zahirnya sahaja, bukan kerana anakanda reda atau sukakan dia, tetapi hanyalah semata-mata anakanda takutkan ayahanda. Dengan sebab inilah sehingga masa ini anakanda tidak menyerahkan diri anakanda kepada ianya[44], tinggal anakanda bagaimana selamanya[45] anak dara."

Maka Muhammad Afandi pun segeralah menjawab perkataan saudaranya itu dengan katanya, "Benar sangatlah perkataan tuan itu, tetapi jika kita bawa perkataan ini kehadapan[46] hakim, tentulah dikehendakinya tuan sendiri hadir di mahkamah menerangkan ketiadaan suka tuan itu dengan sumpah tuan di hadapannya. Maka tiadalah boleh hakim menerima dengan sah perkataan itu dengan semata-mata mendengar perkataan loyar sahaja. Bermula pergi tuan sendiri ke mahkamah itu aib yang besar bagi kita, dan aiblah pula nama ayahanda tuan berkata memaksa tuan menikahkan dengan tidak keredaan tuan itu." Kemudian berhadaplah Muhammad kepada ayahandanya sambil berkata: "Anakanda pohonkan di dalam perkara ini janganlah ayahanda campur, biarlah anakanda sahaja berlawan dengan Badaruddin itu, ayahanda tahukan menerima[20] selesainya sahaja dengan mendapat surat talak yang sah." Maka Kasim Bey pun sangat suka hatinya mendengar anakanda kedua berkata-kata itu. Lalu katanya, "Baiklah, mana suka tuan…


perbuatlah." Maka Muhammad Afandi pun bangun mengambil segala surat-surat itu bermohon keluar membuat pekerjaannya. Dan Faridah Hanom pun bermohon keluar naik ke atas rumahnya masuk ke dalam biliknya memanggil Khatun menukar pakaiannya berbaring-baring di atas kerusi panjang menyuruh Khatun[47] menguraikan rambutnya membubuh air mawar. Ada seketika Saad pun datang duduk di kaki kerusi itu. Maka Faridah Hanom pun tersenyum memandang Saad itu seraya bertanya, "Elokkah ibu isteri tuan ibu yang dibawanya dari Sudan itu." Maka Saad pun terkejut mendengar pertanyaan tuannya itu sambil berkata: "Isterinya yang mana pula tuan?" Kata Faridah Hanom, "Amboi, beberapa lama sudah ibuku duduk di rumah tuan ibu itu, takkan sekali pun ibu tak pernah terpandang isterinya itu. Khabarnya perkataan orang masyhur sangat eloknya, dan tuan ibu itu pun kasih sangat sampai[48] tidak boleh bercerai dan tak pernah berjalan-jalan konon." Maka Saad pun tercengang-cengang mendengar perkataan tuannya itu seraya berkata: "Tidak betul perkhabaran orang itu tuan. Sebab tidaklah pernah dayang mendengar siapa-siapa pun bercakap di dalam rumahnya itu mengatakan ia balik ada membawa isteri. Hanyalah[49] sekalian yang di dalam rumahnya itu mengatakan yang kakanda itu di dalam dukacita dan ayahanda bondanya mengatakan ianya tidak sedap badan. Maka dayang menghadap ia bermohon hendak[20] balik kemari itu sangatlah kasihan dayang memandang rupanya, kurus badannya dengan sangat pucat mukanya, serta ia terpandangkan dayang, ia pun menangis. Lalu diceritakan oleh Saad segala perkataan dan kelakuan Shafik dan pesanannya. Suatu pun tiada ditinggalkannya. Maka Faridah Hanom pun tiadalah tertahan hatinya mendengar perkataan Saad hal percintaan kekasihnya itu, lalu ia menangis tersedu-sedu. Apabila hilang tangis itu, berkatalah Saad, "Fikiran dayang, baiklah tuan berjumpa kekanda itu panggil ia kemari atau pun tuan berangkat sendiri…


bagaimana dahulu. Biarlah dayang pergi memberitahu ia sebab sangatlah takut dayang jangan melarat sakitnya itu." Jawab Faridah Hanom, "Biarlah dahulu ibu sampai habis selesai perkara beta dengan Badaruddin itu sebab tidaklah elok ia berjumpa dan bersuka-sukaan dengan beta,[50] pada hal beta[2] lagi diketahui oleh orang bini orang." Jawab Saad, "Siapakah yang dapat tahu tuan, jika bagaimana selamanya di dalam taman tuan, atau[20] di dalam kereta berjalan bersama-sama dengan dia itu, lain daripada dayang dengan Aliah dayangnya."

Maka Faridah Hanom pun tersenyum mendengar perkataan dayangnya itu serta sangatlah kasihan rasa hatinya melihatkan dayangnya sangat susah hati akan kekasihnya di dalam percintaannya itu. Lalu ia berkata: "Tidaklah begitu ibu. Pekerjaan yang tidak baik itu tidaklah patut sekali-kali kita meninggalkan dia sebab sema-mata kita takutkan orang mengetahui akan pekerjaan kita itu, tetapi yang wajibnya kita mesti meninggalkan dia kerana takut akan[20] kotor dan cemar pekerjaan itu semata-mata. Seumpama orang yang takut akan mati terbunuh, yang ditakutinya mati itu semata­mata, bukan ia takut akan orang mengetahui akan dia itu mati. Bermula, kepada sekalian anak-anak bangsawan yang berpelajaran, sungguh pun mati itu keluar roh dan nyawa daripada badan, maka melakukan pekerjaan yang kejahatan kotor dan cemar itu keluar roh dan nyawa perasaan kebajikan yang mesti ada bagi sekalian manusia[51] yang mempunyai kehidupan yang kemanusiaan dan pelajaran yang sempurna. Bermula sekalian anak-anak bangsawan yang berpelajaran sangatlah ia takut dan sayang akan kehilangan atau keluar daripadanya roh dan nyawa perasaan yang kebajikan dan kemanusiaan itu terlebih daripada ia takut akan keluar roh dan nyawanya daripada badannya sebab keluar roh dan nyawanya…


daripada[52] badannya itu melindungkan jasadnya dengan[53] ditanam orang ke dalam tanah di dalam dua puluh empat jam sahaja masanya. Tetapi hilang roh dan nyawa kebajikan yang berperasaan kemanusiaan itu menjadikan ia bangkai yang berjalan[54] di hadapan mata sekalian orang yang sentiasa mencium bau kebusukan perangai kelakuannya itu. Maka tidaklah berguna ia memakai dan berhias intan berlian atau berkereta bogi dan jori kerana sifat bangkai itu tidak terlepas daripadanya, jika ia memiliki berapa milion ringgit sekali pun, maka bangkai yang seumpama inilah yang dilanat Tuhan di dalam QuranNya dan di atas lidah sekalian pesuruhNya. "Ambillah ibuku contoh beta dengan tuan ibu itu, adakah lebih lagi kasih sayang di antara beta berdua. Tetapi adakah berlaku di antara beta berdua pekerjaan yang sangat cemar bagi kehidupan anak dara dan anak-anak yang bangsawan. Maka jika beta atau tuan ibu itu tidak benci akan[55][56] kotor perbuatan yang sangat-sangat cemar itu, bolehkah beta kedua tahan sabar sehingga tuan ibu itu pergi perang hendak membuang nyawanya, dan beta jatuh sakit hampir mati lebih kurang tiga tahun lamanya. Sekiranya beta kedua hendak melakukan kesukaan hati sahaja, tidak takut akan kehidupan bangkai itu, maka siapakah yang boleh melarang beta kedua melakukan kesukaan hati beta kedua beberapa lama ini. Tidak.[20] Bukan sekali-kali beta kedua menahan diri daripada perbuatan yang cemar kotor itu kerana beta kedua takutkan[57] orang semata-mata. Hanyasanya[58] yang sangat beta kedua benci dan cicik[59] dengan sehabis-habis takut itu, ialah melakukan perbuatan yang bukan layak bagi anak baik-baik yang berpelajaran itu, kemudian hiduplah beta kedua seumpama hidup sekalian bangkai yang bernyawa itu menanggung kecemaran sehingga habis umur beta kedua. Maka Saad pun berkatalah[60]: "Benar sangatlah perkataan tuan itu,…


tetapi dayang berkata tadi ialah sebab sangat-sangat kasihan hati dayang mengenangkan hal kakanda itu daripada balik ia daripada Iskandariah itu sangatlah berubah halnya. Tiada tentu makan minum, tiada pernah berjalan-jalan bagaimana biasanya. Hanyalah sentiasa duduk di dalam biliknya sahaja. Bila-bila siapa masuk ke dalam biliknya selalulah nampak matanya bekas menangis. Maka apabila datang ayahanda bondanya pura-puralah ia membuat segar cergas bercakap betul kerana ia tiada hendak mendatangkan kesusahan hati kedua-duanya. Ada pun dayang-dayangnya dan budak-budaknya yang lain selalu masing-masing menangis melihatkan hal tuannya." Maka Faridah Hanom pun melengonglah seketika berfikir mendengarkan perkataan dayangnya itu. Kemudian bangunlah ia berjalan ke meja tulisnya sambil berkata: "Baiklah, tidak apa. Boleh beta menulis surat kepadanya berkhabarkan apa yang telah berlaku hal beta dengan Badaruddin supaya lapang hatinya sedikit. Dan surat itu bolehlah ibuku sendiri membawa[61] kepadanya, sebab boleh ibu[62] berkhabar[63] kepadanya apa-apa yang ibu telah dengar di sini, kerana menghilangkan percintaannya sedikit. Ada pun berjumpa beta dengan dia itu belumlah juga boleh lagi masa ini, kerana belum selesai perkara beta dengan Badaruddin ini[2]. Dan ibu sampaikanlah salam rindu dendam beta kepadanya. Ada pun percintaan beta kepadanya itu tidaklah kurang daripada percintaannya. Tetapi jika beta pun duduk berkurung bagaimana ia juga di dalam bilik sahaja bolehkah jadi suatu kerja bagi menyampaikan hajat dan maksud yang kebajikan. Maka oleh sebab pekerjaan Badaruddin ini pekerjaan beta sendiri tiada boleh ia campur sekali-kali, haraplah beta ia menaruh sabar jangan menurutkan hatinya sangat." Kemudian Faridah Hanom pun mengeluarkan kertas dakwatnya lalu menulis surat demikian bunyinya:

Kekasihku yang tunggal Shafik Afandi,

Kemudian daripada beta telah berkhabar kepada ayahanda beta dan mendapat persetujuannya, bolehlah sekarang beta berkhabar kepada tuan. Iaitu bahawa adalah nikah beta dengan Badaruddin itu tiada sah, sebabnya disyaratkan wali mujbir (bapa atau datuk) itu boleh menikahkan anak atau cucunya yang anak dara itu dengan tiada mengambil izin kebenarannya lagi selama tiada diketahuinya akan anak atau cucunya itu tidak suka atau tidak reda akan laki-laki itu menjadi suaminya. Maka apabila telah diketahuinya akan ketiadaan reda anak atau cucunya itu, tiadalah boleh ia menikahkan dia melainkan dengan izinnya. Dan jika dinikahkannya juga, maka nikah itu tiada sah. Bermula nikah[20] beta dengan Badaruddin tiada sekali-kali ayahanda beta mengambil izin daripada beta, pada hal ayahanda­bonda dan sekalian yang di dalam rumah beta mengetahui dengan nyata terangnya, yang beta tiada suka sekali-kali akan Badaruddin itu sehingga beta jatuh sakit lebih kurang tiga tahun kerana yang demikian itu. Maka dengan sebab tidak reda beta akan dia itu menjadi suami beta, jadilah sampai masa ini beta tidak menyerahkan diri beta kepadanya tinggal beta bagaimana selamanya anak dara juga. 
Tadi ayahanda beta telah menerima saman mahkamah ke atas beta daripada Badaruddin. Maka perjawapan[64] beta bagaimana yang tersebut di atas ini tidak hendak digunakan oleh saudara beta Muhammad Afandi di hadapan mahkamah, sebab katanya, takut beta dikehendaki oleh hakim hadir sendiri bersumpah di hadapannya serta memalukan ayahanda beta juga. Dengan sebab ini Muhammad Afandi sanggup menjalankan perkara ini seberapa segera adanya.
Yang kekal di dalam setianya,
Faridah

Setela habis ditulis oleh Faridah Hanom surat itu, lalu dimasukkan ke dalam sampul ditulisnya alamat dibungkusnya dengan sapu tangan sutera, kemudian diperciknya dengan bau­bauan lalu diberikannya kepada Saad. Maka Saad pun segeralah menyambut surat itu, keluar mengambil kain tudungnya terus berjalan keluar menuju ke rumah Shafik Afandi. Apabila sampai sahaja[65] ia ke sana berkhabarlah ia kepada Aliah segala hal tuannya Faridah Hanom serta ditunjukkannya kepada Aliah surat yang dikirim oleh tuannya itu. Maka Aliah pun sangatlah suka mendengar perkhabaran Saad itu serta dibawanya sekali akan Saad masuk[20] mengadap akan Shafik Afandi. Pada ketika itu Shafik Afandi baharu lepas sembahyang tengah duduk membaca doa. Maka Aliah pun masuk bersama-sama Saad. Maka Shafik Afandi pun bangun duduk di atas kerusi sambiI menegur akan keduanya. Maka Saad pun segeralah[20] mencium tangan Shafik Afandi serta mengeluarkan surat itu. Shafik Afandi pun segeralah menyambut surat itu dicium dan dijunjungnya dengan berhamburan air matanya seraya berkata: "Apalah gunanya ibu membawa tambahan penyakit beta ini? Tidakkah cukup bala yang telah tertanggung di atas beta ini?[66] Maka hendak ditambah pula dengan bala berutus-utusan dengan anak isteri orang sehingga mendapatlah[67] beta kelak nama yang sangat jahat di mata orang dan di hadapan Rabbu'l alamin." Maka Saad pun segeralah menjawab perkataan Shafik Afandi itu, "Tidak tuan. Perkara tuan ibu[68] dengan suaminya itu tiadalah[69] kena mengena sekali-kali dengan tuan. Telah dipukul dan ditanggung oleh ayahandanya dan saudaranya. Silalah cuba tuan buka surat itu." Lalu diceterakan[70] pula oleh[2] Saad segala hal yang telah berlaku dengan tuannya Faridah Hanom itu. Maka Shafik pun terasalah suka sangat hatinya. Lalu dibukanya surat itu dibacanya. Kemudian melengonglah ia memikirkan perkataan kekasihnya.


Maka didapatinya sangat benar peraturannya itu, Ialu diambilnya kertas dan kalam ditulisnya balas surat itu demikian bunyinya:

Roh badanku Faridah Hanom, 
inilah hari rasanya baharu abang memandang dunia ini[2] terang cuacanya. Dan nafas abang pun betullah turun naiknya oleh membaca surat nyawa abang yang[20] menerangkan dengan sebenar-benarnya menurut hukum lslam yang maha tinggi perihal akad nikah tuan tidak[71] sah dengan Badarudin itu. Maka kemudian daripada ini, tiadalah abang endah akan siapa[72] pun yang mengetahui akan perhubungan abang[73] dengan nyawa abang, kerana yang dituntut itu ialah jangan membuat dan melakukan pekerjaan yang cemar bukannya semata-mata melarikan diri daripada perkataan orang sahaja. Dengan sebab ini haraplah nyawa abang menghidupkan abang semula dengan memandang cahaya wajah nyawa[2] abang yang tidak sekali-kali abang dapat menilaikan harganya bagi kehidupan abang semula di dalam dunia ini adanya.
Terimalah dendam berahi yang tidak putus,
Shafik

Kemudian dilipatnya surat itu dimasukkan ke dalam sampul ditulisnya alamat diserahkannya kepada Saad. Maka Saad pun bermohon keluar terus pulang[20] mendapatkan tuannya. Dan menyerahkan surat Shafik Afandi itu. Maka sangatlah kasihan Faridah Hanom mendengarkan surat kekasihnya itu. Lalu berfikir di dalam hatinya, baiklah juga[20] aku berjumpa dengan dia supaya hilang sekali percintaannya itu. Maka oleh sebab hari ini telah malam, maka ditetapkannyalah hendak membalas surat kekasihnya itu pada esok hari. Setelah keesokan…


harinya, Faridah Hanom pun bangun pagi pergi bersiram, serta bersalin pakaian, makan futur. Lalu duduk menulis kepada kekasihnya demikian bunyinya:

Kekasihku Shafik, 
Menurut kehendak tuan, bolehlah tuan datang bagaimana biasa dahulu ke rumah beta malam ini pukul satu adanya.
Yang setia,
Faridah

Kemudian dimasukkannya surat itu ke dalam sampul, ditulisnya alamat, Ialu ia berjalan turun ke bawah hendak menyuruh khadam memasukkan pos. Apabila sampai ia ke bawah terpandanglah ia akan ayahanda bondanya dan saudaranya Muhammad Afandi ada duduk tengah bercakap masing-masing dengan memegang surat khabar Al-Ahram. Maka apabila dilihat oleh Kasim Bey akan anakanda Faridah Hanom itu, segeralah dipanggilnya. Maka Faridah Hanom pun masuk mencium tangan ayahanda-bondanya, serta duduk dekat ayahandanya. Maka Kasim Bey pun tersenyum memandang anakanda[74] sambil berkata, "Entah dia[2] ada di dalam surat khabar bagaimana hal tuan dengan syaitan itu." Lalu diberikannya surat khabar Al-Ahram itu kepada Faridah. Maka segeralah disambut oleh Faridah Hanom serta dibacanya demikian bunyinya:

Pertanyaan kepada yang mulia tuan mofti Mesir dan sekalian ulama' al-Islam: 
Apa kata tuan-tuan sekalian, seorang bapa menikahkan anak perempuannya yang anak dara, yang mempunyai pelajaran yang tinggi, dengan seorang laki-laki[41] yang tiada berpengetahuan, mengekalkan[75]

minum arak, dengan tiada mendapat kebenaran daripada anaknya, kemudian daripada diketahuinya anaknya itu tidak suka dan tidak reda sekali-kali. Maka kemudian daripada telah dinikahkannya tinggallah anaknya dengan lakinya itu beberapa bulan tidak menyerahkan dirinya kepada lakinya hingga masa ini. Tolonglah beri petua akan kami menurut hukuman agama Islam yang sebenar. Sah atau tidak nikahnya itu. Dan adakah hukum yang boleh dipaksa isterinya itu menyerahkan dirinya. 
Muslim.

Apabila telah[53] habis dibaca oleh Faridah Hanom surat itu, berkatalah ia kepada ayahandanya, "Elok sangatlah[2] ayahanda mendengar jawab orang alim atau mofti di dalam perkara ini, supaya ayahanda mengetahui; benar, salah, persembahan anakanda kelmarin." Faridah Hanom berkata-kata itu sambil berfikir di dalam hatinya, tiadalah Iain daripada Shafik Afandi yang menulis kepada orang surat khabar ini sebab barangkali ia hendak mengambil lagi khusus perkataan aku dan pada fahamnya sendiri supaya jangan lagi ia menanggung kesilapan apabila ia berjumpa dengan aku. Kemudian dipandang kepada saudaranya Muhammad Afandi, dan Muhammad Afandi pun tersenyum memandang saudaranya. Maka mengertilah Faridah Hanom senyum saudaranya itu. Lalu ia bangun bermohon daripada ayahanda bondanya keluar terus naik ke atas rumahnya tiadalah jadi ia berkirim surat itu oleh yakin percaya di dalam hatinya Shafik Afandi yang menulis di dalam surat khabar itu supaya hilang sekali waswas di dalam hatinya dengan fatwa mofti atau orang-orang alim itu. Dengan sebab ini apa-apa hal pun biarlah sampai didengarnya jawab di dalam surat khabar itu dahulu. Maka di belakang dua…


hari daripada hari itu, naiklah seorang dayang bondanya memanggil akan Faridah Hanom dipanggil oleh ayahanda bondanya. Maka segeralah Faridah Hanom turun dan didapatinya ayahanda bonda dan Muhammad Afandi tengah berkata-kata dengan suka cita masing-masing. Apabila dilihat oleh ayahandanya akan Faridah Hanom datang itu, segeralah ia bangun memegang tangannya serta dipeluk diciumnya seraya berkata­kata: "Tiadalah sia-sia[76] ayahanda membuang belanja memberi tuan pelajaran[77]." Lalu diunjukkannya[78] surat khabar Al-Ahram itu serta berkata[79]: "Bacalah jawab mofti Mesir di dalam perkara yang seumpama perkara tuan dengan Badaruddin itu." Maka Faridah Hanom pun menyambut surat khabar itu serta dibacanya, demikian bunyinya:

Kepada Tuan Muslim, 
Pertanyaan tuan yang tuan tanya di dalam surat khabar Al-Ahram yang cemerlang di dalam perkara seorang bapa menikahkan anak perempuannya yang telah diketahuinya anaknya itu tidak suka, dan tidak reda akan laki-laki itu hingga akhir[2] pertanyaan tuan itu, maka jawabnya; menurut hukum agama Islam yang maha suci, nikah itu tiada sah sekali­kali. Wajiblah di atas hakim memaksa di atas lelaki itu meninggalkan perempuan yang disangkanya isterinya itu.
Mofti Kerajaan Mesir
.

Maka Faridah Hanom pun meletakkan surat khabar it di atas meja sambil memandang saudaranya Muhammad Afandi. Maka Kasim Bey pun bertanya kepada Muhammad Afandi, "Apa fikiran tuan hal ini?" Jawab Muhammad Afandi, "Fikiran anakanda tiadalah anakanda hendak menggunakan senjata ini dibawa ke hadapan mahkamah sebab anakanda tidaklah suka keluar…


nama ayahanda dan Faridah di hadapan orang ramai. Seberapa boleh anakanda hendak berikhtiar menyelesaikan perkara ini di dalam senyap. Maka jika berlamaan pun sedikit perkara ini tidak mengapa."

Apabila didengar Faridah Hanom akan perkataan saudaranya itu berfikirlah ia di dalam hatinya, jika demikian kehendak saudaraku akan berlambatanlah hal aku ini dan kekasihku pun bertambah-tambahlah[80] duka nestapanya. Jikalau begitu baiklah aku berjumpa dengan dia berikhtiar bagaimana menyegerakan keselesaian di antara aku dengan Badaruddin ini pada mata orang ramai. Lalu ia bermohon daripada ayahanda-bondanya keluar naik ke atas, masuk ke biliknya mengambil surat yang telah ditulisnya dahulu diubahnya hari bulan sahaja. Lalu disuruhnya Khatun memanggil saudaranya Ibrahim menyerahkan surat itu, sebab takut jika dimasukkan post[81] tidak sampai kepada kekasihnya hari itu kerana hari telah tengah hari[82]. Maka Khatun pun segeralah mengerjakan suruhan tuannya itu. Maka sampailah surat itu dibawa oleh Ibrahim petang itu kepada Shafik Afandi.

Ada pun Shafik Afandi kemudian daripada telah membaca jawab pertanyaan itu daripada mofti di dalam surat khabar itu sangatlah suka rasa hatinya seperti telah mati[2] hidup semula rasanya sebab hilanglah segala waswasnya dan kebimbangan, maka menunggu-menunggulah ia akan jawab suratnya daripada kekasihnya sahaja. Ada seketika masuklah Ibrahim membawa surat Faridah Hanom itu diserahkannya kepada tuannya. Maka Shafik Afandi pun segeralah membuka surat itu. Apabila diketahuinya isi dalamnya sangatlah suka citanya. Maka bersedialah ia akan berjumpa kekasihnya pada mula pertama ini.


Faridah pulih pulang semula
Muka yang pucat merah bernyala
Masuk berhias kecermin duhala
Hendak berjumpa kekasih terala

Critical apparatus

Bearbeiten
  1. Maka keduanya pun menangis dengan tangis yang amat sangat omitted in d, e.
  2. 2,00 2,01 2,02 2,03 2,04 2,05 2,06 2,07 2,08 2,09 2,10 2,11 2,12 2,13 2,14 2,15 2,16 2,17 2,18 2,19 2,20 2,21 omitted in c.
  3. berkata e.
  4. itulah c.
  5. berkehendakkan c.
  6. besertanya e.
  7. mendapat penat lelah c.
  8. segala perkataannya c.
  9. lelaki c.
  10. beberapa c.
  11. bermula dosanya itu omitted in d, e.
  12. tiada mengangkat omitted in c.
  13. percaya d, e.
  14. sebenarnya d, e.
  15. berkelarianlah d, e.
  16. mendapat c.
  17. ketika itu c.
  18. hal segala d, e.
  19. dipangkuan e.
  20. 20,00 20,01 20,02 20,03 20,04 20,05 20,06 20,07 20,08 20,09 20,10 20,11 20,12 20,13 20,14 20,15 20,16 20,17 omitted in d, e.
  21. Khatun yang telah mencium tangan c.
  22. kelmarin d, e.
  23. lalu keluar c.
  24. hujung c.
  25. Hendak c.
  26. kekasaran c.
  27. pistolnya d, e.
  28. diketahuinya e.
  29. terannyaya a, c, teraniya e.
  30. dilihat e.
  31. soal e.
  32. hingga dimurkakan e.
  33. dibenarkanlah d, e.
  34. setiap d, e.
  35. dari d, e.
  36. tiada c.
  37. tiadalah pernah ia c, tiadalah ia pernah d, e.
  38. dengannya d, e.
  39. nikahkan d, e.
  40. pertanggung e.
  41. 41,0 41,1 41,2 lelaki c.
  42. dengan mahar misal omitted in c.
  43. hinggalah e.
  44. ia d, e.
  45. anakanda kepadanya dan ankanda tinggal selamanya c.
  46. kepada d, e.
  47. menukar pakaiannya berbaring-baring di atas kerusi panjang menyuruh Khatun omitted in d, e.
  48. sangat kasih sampai d, e.
  49. Hanya d, e.
  50. itu sebab tidaklah elok ia berjumpa dan bersuka-sukaan dengan beta omitted in d, e.
  51. roh dan nyawa perasaan kebajikan yang mesti ada bagi sekalian manusia omitted in e.
  52. badannya sebab keluar roh dan nyawanya daripada omitted in d, e.
  53. 53,0 53,1 omitted in c, d, e.
  54. beralan d, e.
  55. dan a
  56. bangsawan. Maka jika beta atau tuan ibu itu tidak benci akan omitted in d, e.
  57. takut d, e.
  58. Hanya e.
  59. jijik c.
  60. berkata d, e.
  61. bawa c.
  62. sebab boleh ibu omitted in d, e.
  63. berkhabarkan c, d, e.
  64. jawapan c.
  65. omitted in e.
  66. Tidakkah cukup bala yang telah tertanggung di atas beta ini? in e.
  67. mendapat c.
  68. ibu itu
  69. tiada d, e.
  70. diceritakan c.
  71. tiada d, e.
  72. sesiapa c, sipa d.
  73. yang c.
  74. anakandanya c.
  75. tabi' c.
  76. sesia c.
  77. membuang belanja tuan memberi pelajaran d, e.
  78. ditunjukkannya e.
  79. berkatalah c.
  80. bertambahlah d, e.
  81. pos d, e.
  82. tengahari c.