Hikayat Faridah Hanom 18
Pada petang itulah juga Faridah Hanom menulis surat kepada Shafik Afandi berkhabarkan segala hal yang telah terlaku dengan Badaruddin itu serta diberikannya suratnya itu kepada Saad dan diserahkannya surat talak itu sekali ke tangan Saad disuruh tunjukkan kepada Shafik Afandi, kemudian disuruhnya bawa balik kembali[4] kepadanya. Maka Saad pun segeralah memakai pakaiannya dengan sangat suka hatinya turun berjalan ke rumah Shafik Afandi mendapatkan Aliah berceritakan segala hal yang telah berlaku. Maka Aliah pun sangatlah sukacita hatinya lalu membawa Saad mengadap Shafik Afandi. Apabila masuk keduanya di dalam bilik Shafik Afandi didapatinya Shafik Afandi tengah masuk seluar baju hendak keluar berjalan makan angin. Maka Saad pun mencium tangan tuannya sambil mengeluarkan surat Faridah Hanom. Segeralah disambut oleh Shafik Afandi, dicium dan dikucupnya. Kemudian dibuka dibacanya. Maka Shafik Afandi pun sangatlah sukanya mendengarkan perkhabaran itu serta berseri-serilah cahaya mukanya. Maka Saad pun segeralah mengeluarkan surat talak itu seraya berkata: "Surat ini adinda berpesan suruh bawa balik semula." Maka Shafik Afandi pun mengambil surat talak itu dibacanya kemudian bangun berjalanlah[5] ianya[6] keluar biliknya[7] sambil berkata kepada Saad dan Aliah, "Nantilah[8] ibuku kedua di sini sebentar, beta pergi mengadap ayahanda dan bonda beta." Maka Aliah dan Saad pun tertawalah keduanya melihatkan tuannya tergocoh-gocoh berjalan keluar itu dengan sangat sukacita…
nampaknya, kata Aliah, "Tiga tahun sudah ia menanggung percintaan. Pada hari inilah baharu pulang sedia-kala rupanya. Maka Saad pun menjawab perkataan Aliah itu, "Samalah dengan perempuannya[9] yang di sana. Allah subhanahu wa Taala sahajalah yang memelihara[10] keduanya ini." Ada pun Shafik[11] berjalan itu sampailah ia ke tengah rumahnya didapatinya ayahanda bondanya[12] ada di tengah rumah duduk bercakapkan halnya di dalam sehari dua ini dipandang oleh keduanya ada segar sedikit. Maka Shafik pun masuk mencium tangan ayahanda-bondanya duduk sambil mengeluarkan surat talak Faridah itu. Disambut oleh Talat Bey dibacanya kuat-kuat diberi dengar isterinya kemudian katanya kepada Shafik, " Baiklah tuan. Esok bolehlah ayahanda bersama-sama bonda tuan pergi meminangnya." Maka bondanya pun berkata sambil tersenyum, "Sayang anakku muda lela mula-mula beristerikan janda. Tetapi apa boleh buat sudah kesukaan tuan bonda turut juga." Maka Shafik pun sedih rasa hatinya mendengar bondanya macam mencerca akan kekasihnya itu. Lalu dikeluarkannya surat yang Faridah Hanom berkirim kepadanya masa mula-mula terpandang ia di Iskandariah itu. Disambut oleh Talat Bey dibacanya dengan kuat suaranya memberi dengar isterinya. Maka apabila habis dibacanya surat itu, heranlah keduanya mendengar siksa yang ditanggung oleh Faridah itu dan setianya menyimpan dirinya hingga lebih dua bulan sudah ia bersuami tiada cacat celanya. Lalu ditanya oleh Talat Bey kepada Shafik, "Bagaimana tuan boleh berkenalan dengan dia pada mulanya." Maka diceterakanlah oleh Shafik Afandi segala halnya dengan Faridah Hanom daripada mulanya hingga akhirnya serta katanya, "Sangatlah siksa anakanda bila berjumpa dengan dia, kerana terpaksa sangat anakanda menjaga diri sebab anakanda yakin percaya jika nampak sedikit[13] sahaja kepadanya yang anakanda bersalahan niat dan berkehendak akan pekerjaan yang kejahatan tentulah ia…
akan lari meninggalkan anakanda atau pun ia membunuh dirinya sebelum berlaku pekerjaan itu. Sebab pistol yang telah berisi peluru itu[14] sentiasa ada di dalam badannya." Maka bertambah-tambahlah heran Talat Bey laki-isteri mendengar perkataan anakanda itu dan besarlah[15] pada mata hatinya akan kejadian Faridah itu[16]. Lalu ia bertanya anaknya "Apakah pelajaran Faridah itu tuan." Jawab Shafik Afandi, "Pelajarannya lain daripada ilmu bahasa kita Arabi ilmu bahasa Feransis[17] dan adab tarikhnya yang cukup tinggi sekali." Maka Talat Bey pun berkata: "Syabaslah Kasim Bey memelihara anaknya laki-laki dan perempuan tidaklah sia-sia sekali-kali." Kemudian katanya, "Tidak apalah tuan. Esok malam bolehlah kita pergi ke rumah Kasim Bey kerana ini malam tidak sempat tuan." Maka Shafik Afandi pun mengakulah apa kata ayahandanya itu. Lalu bermohon balik didapatinya dayangnya kedua ada menunggu ia. Maka ia pun menulis surat menjawab surat kekasihnya. Kemudian diserahkannya kepada Saad dengan surat talak itu[18] sekali. Maka Saad pun berjalanlah balik mengadap tuannya berkhabarkan segala hal ehwal yang dilihatnya serta menyerahkan surat Shafik Afandi itu. Maka Faridah Hanom pun membuka surat kekasihnya itu lalu dibacanya. Diketahuinyalah bahawa ayahanda-bonda kekasihnya akan datang meminang ia pada malam esok. Maka terlalulah suka rasa hatinya oleh sampai bagaimana cita-citanya kemudian daripada beberapa tahun ia menanggung azab sengsara. Ada pun Kasim Bey pada pagi-pagi hari diterimanya sepucuk surat daripada Talat Bey memberitahu ia hendak datang berjumpa di rumahnya bersama-sama isterinya pukul delapan malam. Maka jika Kasim Bey ada lapang boleh menerima ia dimintanya jawab. Maka diketahuilah oleh Kasim Bey kehendak kedatangan Talat Bey itu. Segeralah diberinya tahu isterinya. Maka isterinya pun menyuruhlah dayangnya bersedia makanan serba jenis hendak berjamu Talat Bey laki-isterinya itu. …
Dan Kasim Bey pun menjawab surat Talat Bey memberitahu ia sedia menerima akan dia pada jam yang ditentukan itu. Maka apabila sampai jam yang dijanjikan itu, Talat Bey[18] pun sampailah berdua laki-isteri serta dengan Shafik Afandi, disambut oleh Kasim Bey laki-isteri dengan anakanda Muhammad Afandi. Maka Shafik Afandi pun segeralah mendapatkan Kasim Bey serta berjabat tangan dengan Muhammad Afandi. Kata Kasim Bey,"Janganlah kakanda kecil hati akan adinda. Demikian juga anakku Shafik demi Allah jika tidak sebab ayahanda tidak hendak memecahkan janji ayahanda[19] dengan saudara ayahanda tidaklah sekali-kali ayahanda menolakkan tuan pada hari itu. Sekarang ini Al-hamdulillah, habislah akad nikah yang sia-sia itu." Kata Talat Bey, "Baiklah kita lupakan apa-apa perkara yang telah lalu itu kerana pekerjaan yang telah lepas[20]. Maka sekarang ini kakanda datang meminang akan puteri adinda Faridah Hanom bagi anak kakanda Shafik ini." Jawab Kasim Bey: "Tiadalah suatu apa alangan lagi pun. Memang Faridah itu bagi Shafik dan Shafik itu bagi Faridah. Sungguh pun Faridah itu namanya sahaja telah berkahwin, tetapi keadaannya itu bagaimana sedia-kala juga. Jika sekiranya kakanda lambat datang kemari ini, tentulah adinda pergi mendapatkan kakanda kerana keduanya ini."
Maka Shafik Afandi pun segeralah bangun pergi mendapatkan Kasim Bey mencium tangannya kemudian pergi pula ia mencium tangan isterinya, bonda Faridah Hanom. Maka Kasim Bey pun sangatlah gemarnya memandang sikap Shafik Afandi itu. Lalu ianya bertanya, "Bagaimana sebabnya begini lama anakku tidak beristeri menunggu akan Faridah juga." Maka Shafik pun berceritalah akan halnya daripada mula ia memandang Faridah Hanom hingga sampai masa ianya[21]…
datang meminang itu, serta cerita ia pergi masuk perang di Sudan sebab hendak mencari mati oleh kerana putus harapannya daripada mendapat akan Faridah dengan keredaan ayahanda bondanya, bagaimana setianya dan segala hal yang berlaku di atasnya di dalam medan peperangan itu. Maka sangatlah heran Kasim Bey mendengarkan setia dan sabar anak yang sangat muda ini, laki-laki dan perempuannya sehingga tahan hilang nyawa daripada melakukan pekerjaan yang membusukkan nama dirinya dan nama kedua ibu bapanya. Maka segeralah Kasim Bey memegang tangan Shafik Afandi, sambil berkata: "Ayahanda sangatlah menanggung budi dan menerima kasih daripada tuan yang telah memelihara akan nama ayahanda daripada beroleh keaiban sehingga reda anakanda kedua membuang nyawa daripada menurutkan nafsu syaitan yang sentiasa ada bersama-sama orang muda yang seumpama tuan. Sekarang ini sebab Faridah Hanom ini telah masyhur diketahui oleh orang ia telah bersuami sungguh pun nikahnya itu tidak sah atau tidak ada edah sebab ia masih anak dara juga lagi, maka sengaja ayahanda mintalah banyak-banyak daripada anakanda usahlah kita zahirkan segala perkara ini. Kita jalankan jugalah edah tiga bulan itu menurut pengetahuan orang ramai. Tetapi tuan dengan Faridah itu tiadalah ayahanda larang bila-bila suka tuan hendak datang kemari. Hanyalah sudah[22] di hadapan ayahanda ini tidaklah patut ayahanda biarkan tuan berjumpa di dalam haram biarlah ayahanda nikahkan tuan malam ini juga. Ada pun bersuatu[23] tuan dengan Faridah itu sabarlah lepas tiga bulan alang-alang tuan telah sabar tiga tahun lebih ini sabarlah kerana permintaan ayahanda ini tiga[24] bulan lagi kerana lepas tiga bulan ayahanda hendak membuat jamuan kahwin menzahirkan di hadapan mata orang ramai serta menyatukan anakanda sama sekali." Maka Shafik Afandi pun menundukkan kepalanya sambil berkata. "Anakanda taat sahaja apa-apa perintah." …
Maka Kasim Bey pun berpaling memandang Talat Bey. Dan Talat Bey pun berkata: "Tiadalah kepada kakanda lagi apa-apa kesukaan adinda lakukanlah." Maka Kasim Bey pun menikahkan Shafik Afandi sendirinya dan Shafik pun menerima nikah[25] dengan malu-maluan[26]. Setelah selesai bangunlah ia mencium tangan mertuanya lakiisteri dan ayahanda bondanya serta berjabat tangan dengan iparnya Muhammad. Kemudian Kasim Bey pun berkata kepada isterinya, "Tuan panggillah[27] Faridah kemari apa gunanya ia bersembunyi dirinya sudah[28] ia menipu anak orang sampai hendak mati pergi membunuh diri[29] di medan peperangan. Panggillah ia kemari biar dilihat oleh kakanda kedua[30] ini akan menantunya yang sangat jahat itu." Maka isterinya menyuruh seorang dayang memanggil Faridah. Ada seketika Faridah pun masuklah umpama bulan keluar daripada celah awan berjalan dengan lemah-lembutnya umpama bidadari turun daripada syurga. Maka Talat Bey laki-isteri pun heran tercengang-cengang memandang rupa Faridah Hanom itu sambil berfikir di dalam hatinya, elok sangat rupa budak ini. Padan pula dengan susuk badannya, belumlah pernah aku melihat orang yang cukup sempurna sifat keelukan seperti budak ini. Patutlah Shafik asyik akan dia sampai hendak membuang nyawanya. Di dalam Talat Bey berfikir itu, Faridah Hanom pun sampailah mencium tangan ayahandanya[31]. Maka Kasim Bey pun menyuruh anakanda mendapatkan Talat Bey. Maka Faridah pun berjalan mendapatkan Talat Bey memegang tangannya serta diciumnya. Maka Talaat Bey pun terkejut sambil menyambut Faridah Hanom dikucupnya kepalanya seraya berkata, "Kur[32] semangat anakku. Terkejut ayahanda memandang tuan. Ayahanda sangkakan bidadari turun dari kayangan. Patutlah[33] Shafik sampai hendak membuang nyawa kerana tuan. Sekarang ini hendaklah tuan memandang ayahanda[34] ini ayahanda tuan, janganlah tuan ubahkan sekali-kali. Apa-apa ada kehendak tuan…
berkhabarlah kepada ayahanda sendiri. Maka Faridah Hanom pun berjalanlah pula pergi mendapatkan bondanya, dan bonda Shafik Afandi. Maka dipeluk dicium oleh bonda Shafik Afandi akan menantunya dengan sangat sukacita hatinya mendapat menantu yang sangat elok serta bijaksananya itu. Serta didudukkannya[35] Faridah Hanom disisinya, dipeluk diciumnya. Maka Kasim Bey pun berkata: "Anakku Faridah. Adalah ayahanda dan bonda tuan kedua ini datang kerana mengadukan kejahatan tuan mengacau akan anaknya sampai lari hendak membunuh dirinya ke Sudan. Maka apakah sekarang jawab tuan." Maka Faridah pun menundukkan kepalanya oleh ditertawakan sekalian yang hadir itu. Tetapi oleh sebab diulang-ulangi ayahandanya meminta jawab daripadanya dan disertai pula oleh Talat Bey akan perkataan ayahandanya itu dengan katanya, "Sungguhlah tuan, mengapalah sebab tuan melakukan pekerjaan yang demikian itu, tidak kasihankan ayahanda kerana ayahanda tidak ada mempunyai anak, hanyalah seorang inilah sahaja." Maka Faridah Hanom pun naiklah geram rasa hatinya lalu dijawabnya perkataan ayahandanya sambil menjeling kepada Shafik Afandi, "Tidaklah benar sekali-kali tuduhan di atas anakanda itu. Sebab anakanda masa berlaku pelayaran itu telah sakit tertelan racun enam bulan lamanya. Maka bilakah masa anakanda hendak pergi mengacau orang itu." Jawab Talaat Bey, "Siapakah pula yang meracun tuan itu." Kata Faridah Hanom sambil menundukkan kepalanya dengan malu-malu bahasa, "Siapa yang ketakutan melarikan diri sampai ke Sudan itulah dia agaknya." Maka sekalian yang hadir itu pun riuh tertawa ramai. Maka bonda Shafik Afandi pun memeluk mencium menantunya sambil berkata: "Tuan kasihlah akan bonda janganlah ubahkan daripada bonda tuan ini, kerana bonda pun tiada menaruh anak perempuan. Berharaplah bonda tuan gantinya." Maka Faridah Hanom pun tunduk mencium tangan mertuanya, dipeluk dicium oleh mertua[36] dengan tumpah…
segala kasih sayangnya kepada menantunya itu. Ada seketika Talat Bey pun bermohon balik daripada Kasim Bey. Maka Kasim Bey[37] pun bangun berdiri sambil berkata: "Silalah kakanda. Dan anakanda Shafik esok tuan datanglah kemari daripada pagi-pagi hari makan di sini." Lalu sekaliannya berjalan keluar menghantar Talat Bey laki isteri balik dan Faridah Hanom pun dipimpin oleh bondanya dibawa berjalan keluar bersama. Maka apabila sampai keluar pintu hendak naik kereta berkatalah bonda Shafik kepada bonda Faridah Hanom, "Tuan kakanda itu mengajak Shafik makan kemari hari esok. Pada hari lusanya berilah pula anakanda Faridah ini berjalan ke rumah kakanda." Apabila didengar oleh bonda Faridah Hanom permintaan itu dipandangnyalah akan suaminya bertanya akan fikirannya. Jawab Kasim Bey, "Apalah adinda memandang kakanda jika adinda tiada hendak membenarkan nescaya marahlah anakanda[18] Faridah, sebab ia telah kasih sangat akan kakanda itu nampaknya." Maka Faridah Hanom pun terasa malu sangat mendengarkan perkataan ayahandanya itu, lalu ia menundukkan kepalanya dengan berhamburan air matanya oleh menahan hatinya tiada hendak menjawab perkataan ayahandanya itu. Maka Talat Bey pun kasihanlah melihat menantunya lalu dipeluknya kepala Faridah Hanom, diciumnya serta disapunya air matanya seraya berkata: "Diamlah tuan, ayahanda tuan mengusik tuan menyuka-nyukakan hatinya. Lusa pagi-pagi bersiaplah tuan nanti ayahanda sendiri datang mengambil tuan." Kemudian Talat Bey pun naik keretanya laki-isteri serta anakanda Shafik Afandi berjalan pulang terus ke rumahnya sambil berkata-kata akan keelukan Faridah Hanom. Ada pun Kasim Bey masuklah balik sekaliannya ke dalam rumah dan Faridah Hanom pun terus naik ke tempatnya bersalin pakaian tidur sambil berbaring-baring di atas kerusi di hadapi oleh Saad dan Khatun dayangnya. Maka kata Saad, "Hari esok kakanda itu datang kemari dipanggil oleh[38]…
ayahanda, tuan turunkah berjumpa ia?" Jawab Faridah Hanom, "Jika dipanggil oleh ayahanda, turunlah juga beta ibu[18]. Tetapi daripada hari ini, tiadalah berani ibu[18] beta duduk seorang sama seorang dengan dia lagi. Hendaklah ibu dan Khatun mengikut beta ke mana beta berjalan dengan dia." Kata Saad, "Apalah ertinya pula kelakuan tuan ini. Dahulu belum bernikah tuan duduk berdua siang malam seorang pun tiada bersama-sama dengan tuan. Sekarang sudah bernikah dengan keredhaan ayahanda pula boleh tuan berbuat takut." Jawab Faridah, "Dahulu sebab belum bernikah itulah beta percaya ia tiada berani membuat haru-biru di atas beta. Dan jika dibuatnya juga boleh beta hendak marah akan dia. Maka sekarang ini telah bernikah dengan dia jika diperbuatnya haru-biru, tiadalah dapat beta[39] hendak marahkan dia. Lagi pun menjadi durhakalah beta kepadanya. Inilah yang sangat seram-sejuk rasa tengkok beta bila teringat akan dia itu sebab inilah beta minta ibu dan Khatun mengikut beta. Kerana jika ada orang dilihatnya itu tentulah malu ia hendak berbuat apa-apa." Maka Saad dan Khatun pun tertawa[40] mendengarkan perkataan tuannya itu seraya berkata: "Apakah gunanya tuan bercinta hingga hendak hilang dengan nyawa selama ini menanggung asyik berahi akan kakanda itu jika telah tuan takut berjumpa dengan dia." Jawab Faridah Hanom, "Bukannya beta tidak suka berjumpa dengan dia. Asyik berahi beta akan dia itu ialah semata-mata sangat hendak bersama-sama dengan dia setiap-tiap masa bergurau-senda dan bercakap bermain sahaja. Tetapi sekarang ayahanda telah menikahkan beta dengan dia, maka takutlah beta ia melakukan pekerjaan yang haru-hara[41] itu." Maka Khatun pun mencubit Saad disuruhnya diam tiada diberinya menjawab lagi perkataan tuannya itu.
Setelah keesokan harinya Kasim Bey duduk makan futur bersama-sama isterinya dan kedua anakanda[42] lalu bertanya anakanda[43] Faridah perihal ia boleh berkenal-kenalan dengan Shafik itu bagaimana mulanya. Maka diceterakanlah oleh Faridah Hanom daripada mulanya tiada disembunyikannya serta mengangkat sumpah yang besar yang ia berkasih-kasihan itu suci bersih daripada berniat akan melakukan pekerjaan yang kecemaran yang memberi aib malu nama kedua ibu-bapanya. Maka Kasim Bey pun sangatlah suka rasa hatinya oleh tiada berselisih sedikit pun perkataan anakanda itu daripada perkataan Shafik semalam. Lalu katanya, "Mengapakah sebab tuan tiada hendak[38] berkhabar benar kepada ayahanda sebelum ayahanda menerima Badaruddin itu?" Jawab Faridah Hanom, "Pekerjaan itu pekerjaan ayahanda bonda Shafiklah. Tetapi oleh sebab Shafik Afandi sangat malu hendak bercakapkan halnya kepada ayahanda-bondanya kerana telah beberapa kali keduanya hendak memberi ia beristeri ditolaknya kehendak ayahanda bondanya itu, jadi[38] tiadalah keduanya mendapat tahu halnya melainkan kemudian daripada telah berlaku hal Badaruddin itu."
Sehingga ini perkataan Faridah Hanom berbunyilah suara penjaga pintu memberitahu Shafik Afandi datang. Maka Muhammad pun bangun berjalan keluar menyambut iparnya dibawanya masuk mendapatkan ayahanda bondanya. Dan Shafik Afandi pun mencium tangan mertuanya laki-isteri serta memberi hormat kepada Faridah Hanom sambil tersenyum duduk di sisi iparnya, Muhammad Afandi, bercakapkan segala hal-ehwal peperangan Sudan, menjawab pertanyaan mertuanya. Dengan hal yang demikian makanan pun telah sedia. Bangunlah kelimanya masuk ke bilik makanan[44] sambil bercakap-cakap percakapan yang menyukakan hati masing-masing. Apabila habis makan, bangunlah Kasim Bey seraya berkata kepada Shafik Afandi, "Duduklah tuan di sini…
bersama-sama saudara tuan Muhammad. Ayahanda hendak pergi ke Sidat Zainab. Barangkali lambat ayahanda balik sebab ada pekerjaan yang besar sedikit." Lalu ia bangun berjalan terus keluar naik keretanya sekali. Maka[18] Muhammad pun keluarlah bersama-sama Shafik Afandi[38] dan Faridah Hanom berjalan-jalan di dalam rumah itu hingga teruslah ke bilik Faridah Hanom ditunjukkan kepada Shafik Afandi. Maka Shafik pun tersenyum teringatkan masa ia masuk ke bilik itu mendukung Faridah Hanom bawa turun itu seraya memandang kepada Faridah Hanom sambil tersenyum. Maka Faridah Hanom pun turut tersenyum sama kerana mengerti ia senyum Shafik Afandi itu. Kemudian Muhammad Afandi pun bawalah Shafik Afandi terus ke taman, duduk di sana di dalam bangunan yang dinaungi oleh serba jenis pohon bunga-bungaan yang semerbak baunya. Dan Faridah Hanom pun menyuruh dayangnya membuat minum-minuman membawa ke taman berjamu Shafik Afandi di situ. Maka apabila telah petang hari Shafik pun mengajak Muhammad berjalan makan angin. Lalu keluarlah keduanya. Kemudian daripada memberi selamat tinggal kepada Faridah Hanom naik kereta berjalan di mana-mana tempat yang boleh menyukakan hati hingga malam baliklah Muhammad Afandi dihantar oleh iparnya hingga ke dalam rumahnya berjumpa dengan Faridah Hanom. Kemudian Shafik Afandi pun bermohon pulang berjabat tangan dengan Muhammad Afandi dan Faridah Hanom sambil berkata: "Tuan esok khabarnya ayahanda hendak datang mengambil tuan pagi-pagi hari pergi bermain di sana. Maklumkanlah tuan kepada ayahanda bonda." Jawab Faridah Hanom, "Baiklah kakanda." Maka Shafik Afandi pun keluarlah naik keretanya balik ke rumahnya sekali. Setelah keesokan harinya, Talat Bey pun datanglah sendiri mengambil menantunya Faridah Hanom diiringi oleh dayangdayang dibawanya ke rumahnya bersuka-sukaan sehingga malam…
baharulah dihantarkannya balik ke rumah ayahanda bondanya dengan terasa sangat kasih sayang laki-isteri melihatkan keelokan menantunya itu serta dengan bijaksananya.
Shahdan Shafik Afandi pun sentiasalah berulang ke rumah mertuanya setiap hari berjumpa kekasihnya, tetapi telah sebulan lamanya tiadalah pernah ia dapat[38] duduk bercakap sama seorang dengan isterinya. Kerana sungguh pun ayahanda bondanya dan saudaranya tiada mengambil peduli halnya berjalan bercakap dengan Faridah Hanom di dalam rumah itu hingga sampai ia masuk berbaringbaring didalam bilik Faridah Hanom pun tiada keduanya mengambil bimbang kemudian daripada telah diketahui oleh keduanya[45] akan tabiat perangai Shafik Afandi yang sempurna itu, tetapi Saad dan Khatun tiadalah hendak jauh daripada tuannya sekali-kali. Jadi sangatlah ganggu ia hendak berkata-kata mengeluarkan isi hatinya dan melakukan kelakuan yang diluar daripada biasanya. Pada suatu malam lepas makan Shafik Afandi keluar dari rumahnya dilihatnya bulan sangat terang. Maka teringatlah ia masa ia berkasih-kasihan[46] dengan kekasihnya duduk di dalam tamannya bersuka-sukaan dengan pujuk rayu masing-masing. Lalu berfikir ia, apalah hal aku ini dahulunya belum bernikah boleh juga aku melepaskan hatiku sedikit-sedikit dan sekarang sudah menjadi halal aku dengan kekasihku itu, maka lain daripada berpegang tangan tiadalah dapat aku melakukan apa-apa. Beberapa kali sudah aku pergi tengah malam macam biasa dahulu tiada hendak dibukanya pintu. Jikalau begitu baiklah aku pergi sekarang aku berikhtiar seberapa boleh aku duduk berdua dia sahaja di dalam taman atau di dalam biliknya, atau aku ajak ia berjalan. Lalu Shafik Afandi pun terus berjalan menuju ke rumah Kasim Bey masuk sekali ke dalam didapatinya Faridah Hanom tengah duduk dengan ayahanda bondanya dan saudaranya baharu lepas makan. Maka Shafik Afandi pun memberi salam serta mencium tangan…
mertuanya dan berjabat salam dengan iparnya dan isterinya. Ada sejurus berkatalah Shafik Afandi di dalam bahasa Feransis[47] kepada isterinya, "Bulan terang sangat malam ini. Mahukah tuan berjalan makan angin?" Maka Faridah Hanom pun tersenyum memandang saudaranya Muhammad Afandi seraya berkata dengan bahasa Feransis[47] juga, "Marilah kakanda kita berjalan sama." Jawab Muhammad Afandi dengan tertawa, "Kakanda tiada boleh pergi, badan kakanda tidak sedap takut terkena embun. Pergilah tuan seorang dengan kakanda ini. Apatah salahnya." Maka Faridah Hanom pun tunduk berdiam dirinya. Dan Kasim Bey laki-isteri pun bertanya, "Apa yang tuan katakan itu?" Maka dikhabarkan oleh Muhammad Afandi kehendak Shafik itu. Maka Kasim Bey laki-isteri pun tertawa sambil berkata: "Pergilah tuan apalah salahnya tuan berjalan dengan suami tuan." Jawab Faridah Hanom sambil memandang Shafik Afandi: "Malam esoklah baik kakanda. lni sudah jauh malam sangat." Maka Shafik Afandi pun tertawa seraya berkata: "Baiklah, mana suka tuan sahaja." Seketika duduk itu Kasim Bey laki-isteri dan Muhammad Afandi pun bangun. Telah masing-masing kembali ke tempatnya. Maka Faridah Hanom pun bangun memegang tangan Shafik Afandi sebab dilihatnya muka Shafik sangat-sangat berubah pada malam itu daripada sehari-hari sambil berkata: "Marilah kakanda, kita berjalan-jalan di luar halaman rumah ini." Maka Shafik pun bangun memimpin tangan isterinya keluar berjalan di halaman di hadapan rumahnya diiringi oleh Saad dan Khatun. Sejurus masuklah keduanya berjalan ke dalam rumah terus ke bilik Faridah Hanom duduk di sana bercakap bergurau yang menyukakan hatinya kemudian kata Shafik, "Panas rasa badan kakanda, marilah tuan kita turun ke taman sebentar kakanda pun hendak pulang." Maka Faridah Hanom pun bangun mengambil sabinya diselimutkannya badannya lalu berjalan turun bersamasama Shafik Afandi. Ada pun…
Syafik Afandi sepeninggalan Faridah Hanom bangun mengambil sabinya itu ditekannya dengan kakinya akan paha Saad sambil memberi isyarat. Maka Saad pun ertilah isyarat tuannya itu lalu diangguknya. Maka di dalam ia turun berjalan mengikut tuannya ke taman itu bermuafakatlah ia dengan Khatun hendak meinnggalkan tuannya bila keduanya telah duduk di dalam suatu tempat. Maka Shafik Afandi berjalan dengan Faridah Hanom itu pun sampailah ke dalam bangunan yang selalu ia berjumpa dengan kekasihnya di situ lalu duduk di atas kerusi. Maka Syafik pun segeralah menghampirkan kerusinya kepada kerusi kekasihnya sambil berkata: "Sampainya hati tuan telah lebih[38] sebulan sudah tuan meracun abang. Apakah gunanya bernikah dan mendapat keredaan kedua ayahanda bonda jika semacam ini. Baiklah pula masa kita belum menjadi halal dahulu, adalah juga timbangan belas kasihan tuan." Apabila didengar oleh Faridah Hanom perkataan kekasihnya itu, segeralah ia beralih memandang Saad dan Khatun. Maka dilihatnya seorang pun tiada lagi. Maka diketahuinyalah keduanya meninggalkan iaitu lalu dijawabnya perkataan Shafik Afandi itu, "Apakah kehendak kakanda yang adinda langgari itu. Adalah adinda ini telah menjadi teman kakanda dengan keredaan ayahanda bonda adinda bagaimana cita-cita dan permohonan adinda. Maka wajiblah di atas adinda sekarang taat apa-apa suruhlarang kakanda yang sebenar. Tetapi oleh sebab telah diminta oleh ayahanda kepada kakanda sabar hingga lepas tiga bulan dan kakanda pun telah mengaku menurut permintaannya itu, jadi adinda pun mohonlah daripada kakanda seberapa bolehnya sempurnakanlah janji kakanda dengan ayahanda itu dan ampunkahlah dosa adinda jika adinda menahan diri daripada kakanda." Faridah Hanom itu berkata-kata itu dengan tangisnya sambil menyembamkan mukanya ke pangkuan Shafik Afandi oleh sebab sangat-sangat takutnya Shafik Afandi melakukan apa-apa ke atasnya. Maka Shafik Afandi pun segeralah…
menyambut kepala isterinya seraya diangkat di riba, dipeluk diciumnya sambil berkata: "Janganlah tuan salah sangka sekali-kali. Abang tiada berniat hendak menyalahi daripada kehendak ayahanda itu, tetapi janganlah sampai macam ini sekali. Dahulunya belum kita bernikah dapat juga kakanda menjamah kepala tuan, tiba-tiba bila sudah bernikah ini cumalah dapat abang menjamah ujung jari adinda sahaja. Maka sekarang abang bersumpahlah kepada tuan malam ini yang abang tidak sekali-kali melakukan kehendak yang menyalahi daripada kehendak dan permintaan ayahanda itu. Hanyalah yang abang pohonkan janganlah nyawa abang melarikan diri daripada abang sama sekali bagaimana yang telah lalu kerana matilah abang menahan hati lagi dua bulan ini. Jika tidak, benarkanlah abang belayar meninggalkan negeri Mesir ini barang ke mana mana sementara menanti dua bulan ini." Maka Faridah Hanom pun sangatlah malunya hendak menyahut perkataan Shafik Afandi itu dan hendak pun dikerasinya akan dirinya bimbang pula ia takut kalau-kalau sungguh Shafik Afandi pergi belayar. Jadi[48] disembamkannya mukanya bersungguh-sungguh[18] di pangkuan Shafik Afandi serta mengeraskan dirinya tatkala hendak diangkat oleh Shafik Afandi[49] akan kepalanya. Maka Shafik Afandi pun memujuklah akan isterinya dengan segala perkataan yang manis-manis dan lemah-lembutnya menghancurkan hati siapa-siapa yang mendengarnya dengan syair gurindamnya hingga datanglah kasihan belas isterinya akan dia dapat[50] diangkatnya akan kepalanya, dipangkunya di lengannya[51], dipeluk diciumnya sepuas-puas hatinya. Tetapi bila Shafik Afandi meletakkan tangannya hendak membuka kancing dadanya menggeleparlah Faridah Hanom dengan kemaluannya yang amat sangat. Tetapi oleh sangat pandai Shafik memujuk isterinya itu datanglah belas kasihan Faridah Hanom hingga tiadalah ia dapat menahan tangan suaminya memegang dadanya itu melainkan dengan air matanya yang[38] berhamburan. Maka Shafik Afandi pun segeralah menyapu air mata kekasihnya sambil memeluk mencium serta tiadalah tertahan hatinya…
melihat dada kekasihnya yang terhias dengan dua mutiara yang dilarik kemudian daripada terbuka baju dalamnya itu. Maka segeralah ia menyembamkan mukanya dinafasnya dengan sepuas-puas hatinya. Maka terciumlah kepadanya bau yang terlebih harum daripada atar khalembak dan kasturi seluruh badannya itu hingga lalailah ia seketika tiada sedarkan dirinya. Ada seketika Faridah Hanom pun mengangkat kepala Shafik Afandi lalu bangun memasukkan kancing bajunya sambil berkata: „Sejuk sangat rasa badan adinda. Silalah kita naik, abang." Jawab Shafik Afandi: "Silalah tuan." Lalu didukungnya isterinya sampai ke muka pintu rumahnya baharu diIetakkannya. Kemudian naiklah keduanya berjalan menuju ke bilik Faridah Hanom. Maka Shafik Afandi pun berkatalah, "Abang mohonlah tuan hendak pulang. Jauh malam sudah ini." Kata Faridah Hanom, "Beradulah abang dibilik beta ini, apatah salahnya. Boleh beta pergi tidur ke tempat Iain." Jawabnya, "Baiklah mana-mana suka tuan." Maka Faridah Hanom pun memanggil Saad dan Khatun suruh mengeluarkan pakaian tidur malam yang telah diperbuatnya beberapa helai itu. Maka Shafik pun bersalinlah pakaiannya, duduk berkata-kata sebentar. Faridah Hanom pun bermohon keluar Ialu turun masuk ke bilik bondanya beradu di situ. Setelah hari siang maka bangunlah bondanya daripada beradu serta dilihatnya anakanda tidur sangat cendera di atas bangku panjang itu. Maka sangatlah heran rasa hatinya lalu dikejutkannya suaminya ditunjukkannya hal anakandanya[52]. Maka Kasim Bey pun heranlah melihatnya lalu keduanya berjalan perlahan-lahan keluar menyuruh memanggil Saad bertanyakan hal puterinya. Maka Saad pun datang berkhabarkan, "Anakanda Shafik Afandi ada beradu di bilik anakanda, sebab itulah anakanda beradu di sini kerana semalam anakanda kedua bercakap-cakap sampai tengah malam, anakanda Shafik Afandi hendak pulang tidak diberi oleh anakanda disuruh beradu dibiliknya." Kata Kasim Bey, "Waktu ianya[53]…
bercakap-cakap berdua[54] itu engkau adakah[38] sama." Jawab Saad, "Adalah hamba tuan bersama. Khatun jikalau tinggal pun sebentar-sebentar sahaja." Maka Kasim Bey pun berkata, "Pergilah engkau tunggu anakku Shafik tidur itu, suruh Khatun turun bawa pakaian anakku tunggu ia di sini barangkali ianya[55] jaga[56] hendak menukar[18] pakaiannya." Kemudian Kasim Bey pun memandang isterinya sambil berkata: "Allah Subhanahu wa Taala sahajalah yang memeliharakan anakku kedua ini. Seumur hidup kakanda belumlah pernah kakanda mendapat seorang muda yang dapat menahan nafsunya seumpama anakanda kedua ini. Maka kepada Rabbul Alaminlah kakanda pohonkan kurnia berkatNya di atas keduanya dan zuriat keturunannya." Ada seketika Faridah Hanom pun bangun daripada beradunya, dilihatnya ayahanda bonda sudah keluar, Khatun ada menunggu ia dengan membawa pakaiannya. Lalu ia masuk bersiram ke dalam bilik mandi bondanya, kemudian berhias menukar pakaian ya sambil bertanya kepada Khatun, "Shafik Afandi sudahkah bangun." Jawab Khatun, "Belum lagi." Maka Faridah Hanom pun keluar didapatinya ayahanda bondanya ada di luar. Segeralah ia mencium tangan keduanya. Kata Kasim Bey, "Shafik tidur di sinikah tuan?" Jawab Faridah: "Tidur di sini, sebab semalam sudah tengah malam sangat anakanda tidak beri ia balik." Kasim Bey laki-isteri pun tertawa seraya berkata: "Baiklah tuan pergi lihat segera sediakan makanannya bangun tidur itu[57]." Maka Faridah Hanom pun berjalan naik ke atas menyuruh sekalian dayangnya menyediakan futur di anjung. Adalah Kasim Bey lepas Faridah Hanom berjalan itu berkatalah ia kepada isterinya, "Kita biarkanlah anakanda ini dengan suaminya apa juga suka yang hendak diperbuatnya. Akan tetapi bila kita bekerja kahwinnya esok hendaklah adinda halusi betul-betul masa ia bersatu, betulkah bagaimana katanya itu atau tidak. Sebab hati kakanda ini masih berbelah-belah juga oleh kerana pelik…
sangat halnya ini tidak pernah jadi." Maka isterinya pun tertawa mendengar perkataan suaminya itu. Ada pun Faridah Hanom apabila ia sampai ke pintu biliknya ditolaknya perlahan-lahan dilihatnya suaminya[18] lagi beradu. Maka dirapatkannya pintu itu perlahan-lahan serta menyuruh Saad turun ke bawah menyuruh orang pergi[18] memanggil Ibrahim penjaga pakaian Shafik Afandi suruh bawa sekali pakaian tuannya serta memberitahu Aliah, Shafik Afandi beradu di sini supaya dikhabarkannya kepada ayahanda bondanya jika keduanya bertanya. Ada seketika Ibrahim pun datang membawa satu peti kulit yang berisi pakaian Shafik Afandi. Maka Faridah Hanom pun menegur Ibrahim itu serta berkata: "Pergilah Ibrahim kepada saudara Khatun boleh dibawanya masuk peti itu ke bilik pakaian." Kemudian Faridah Hanom pun berjalan menolak pintu bilik itu lagi perlahan-lahan melihat kekasihnya. Didapatinya suaminya telah bangun masuk ke bilik air mencuci mukanya. Maka Faridah Hanom pun masuk ke bilik itu serta memanggil Khatun disuruhnya berkemas dan mengeluarkan perkakas berhias laki-laki yang telah sedia di belinya[58] itu aturkan di atas meja bilik pakaian. Seketika Shafik Afandi pun keluar daripada bilik air, dilihatnya isterinya ada duduk di dalam bilik itu. Maka Faridah Hanom pun segeralah bangun mendapatkan suaminya dipegangnya tangannya dibawanya masuk ke bilik pakaian. Maka dilihat oleh Shafik Afandi di situ telah sedia segala perkakas perhiasan laki-laki dengan baju pakaian di dalam rumah pun telah ada[18] sedia terletak di atas meja. Lalu Shafik menyikat dan memberus rambutnya kemudian bersalin pakaian tidur yang dipakainya itu dengan pakaian yang telah sedia itu. Telah selesai memakai bau-bauan pula lalu memimpin tangan isterinya sambil memeluk mencium seluruh tubuhnya, dibawanya keluar daripada bilik itu. Maka Faridah Hanom pun membawa suaminya keluar sekali pergi[59] ke anjung…
tempat makan-makan serbajenis makanan yang lazat-lazat. Di dalam masa Shafik Afandi makan itu terpandanglah ianya[60] akan[61] Ibrahim ada berdiri di luar, maka Shafik Afandi pun memanggil Ibrahim bertanya. "Apa kerja engkau di sini?" Jawab Ibrahim,"Membawa pakaian tuan kemari disuruh oleh adinda." Maka Shafik Afandi pun tersenyum memandang isterinya. Setelah habis makan, maka Shafik Afandi pun bangun memimpin isterinya masuk semula ke dalam bilik bergurau senda menyukakan hatinya. Maka Faridah Hanom pun hilanglah takut dan bimbangnya kemudian daripada mendengar sumpah kekasihnya tiada hendak melakukan apa-apa di atasnya, serta sangatlah kasihan hatinya melihat hal kekasihnya menangis bila ia menjaga badannya daripada dijamah oleh kekasihnya dengan sebab ini terbukalah dinding di antara keduanya serba kesukaan lain daripada kesukaan yang diminta oleh ayahandanya menempuhkan hingga lepas edah itu. Sentiasalah keduanya di dalam kesukaan bergurau senda dengan pujuk cumbunya hingga hampir lah waktu makan tengah hari. Maka berkatalah Faridah Hanom, "Baiklah abang pergi bersiram bersalin pakaian kita turun ke bawah makan, kelak gadoh ayahanda menunggu kakanda." Maka Shafik Afandi pun bangun sambil mencium pipi isterinya lalu masuk ke bilik mandi. Kemudian masuk ke bilik pakaian dihias oleh Faridah Hanom akan suaminya mana-mana pakaian yang berkenan kepadanya diturut oleh Shafik Afandi segala kehendak isterinya itu. Kemudian Faridah Hanom pun berhiaslah pula membetulkan rambutnya dan bersalin pakaiannya memakai bau-bauan lalu keluar laki-isteri turun mendapatkan ayahanda bondanya. Maka didapati oleh keduanya akan ayahanda bondanya telah masuk ke bilik makan. Lalu keduanya terus masuk ke bilik makan. Maka Kasim Bey laki-isteri pun sangat suka melihat anakanda kedua datang…
itu sama elok sama padan keduanya lalu ditegurnya seraya berkata: "Marilah tuan, kita makan sekali."
Critical apparatus
Bearbeiten- ↑ DARI e.
- ↑ MENAHAN DIRI DARIPADA KECEMARAN AKHIRNYA omitted in c.
- ↑ GEGEMARAN a, KEKEMARAN c.
- ↑ omitted in d, e.
- ↑ berjalannya e.
- ↑ ia c, d, e.
- ↑ dari biliknya c.
- ↑ Nantikah e.
- ↑ tuan perempuan c, perempuan d, e.
- ↑ memeliharakan c.
- ↑ Shafik Afandi d, e.
- ↑ dan bondanya c.
- ↑ jika anakanda sedikit d, e.
- ↑ obat c.
- ↑ besar d, e.
- ↑ Faridah Hanom itu d, e.
- ↑ Frances d, Perancis e.
- ↑ 18,00 18,01 18,02 18,03 18,04 18,05 18,06 18,07 18,08 18,09 18,10 omitted in c.
- ↑ ayahandanya e.
- ↑ kerana pekerjaan yang telah lepas omitted in c.
- ↑ ia c, d, e.
- ↑ susah d, e.
- ↑ Ada pun bersatu d, Adat bersatu d, e.
- ↑ tahun lebih ini sabarlah kerana permintaan ayahanda ini tiga omitted in d, e.
- ↑ nikahnya d, e.
- ↑ malu-malunya c, d, e.
- ↑ panggil d, e.
- ↑ sesudah c.
- ↑ dirinya sudah d, e.
- ↑ kedua kakanda d, e.
- ↑ ayahanda bondanya d, e.
- ↑ Kurus a, kus c.
- ↑ Patut c.
- ↑ ayah d, e.
- ↑ didudukkan d, e.
- ↑ mertuanya c, d, e.
- ↑ pun bermohon balik daripada Kasim Bey. Maka Kasim Bey omitted in c.
- ↑ 38,0 38,1 38,2 38,3 38,4 38,5 38,6 38,7 omitted in d, e.
- ↑ telah bernikah dengan dia jika diperbuatnya haru-biru, tiadalah dapat beta omitted in c
- ↑ tertawalah c.
- ↑ huru-hara c.
- ↑ anakandanya c.
- ↑ kepada c.
- ↑ makan c.
- ↑ kedua-dua e.
- ↑ berkasih-kasih c.
- ↑ 47,0 47,1 Frances d, Perancis e.
- ↑ Lalu c.
- ↑ serta mengeraskan dirinya tatkala hendak diangkat oleh Shafik Afandi omitted in d, e.
- ↑ dapatlah c.
- ↑ lengan c.
- ↑ anakanda c.
- ↑ ia c.
- ↑ omitted in c, d, e.
- ↑ ia c, d, e.
- ↑ juga e.
- ↑ bangun tidur itu omitted in c.
- ↑ biliknya c.
- ↑ sekali pergi omitted in d, e.
- ↑ ia c.
- ↑ kepada c, d, e.